Search

12 skrip doa simple untuk kita enjoy dunia dan akh...

  • Share this:

12 skrip doa simple untuk kita enjoy dunia dan akhirat. Siapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat.

12 sahaja?

Plan plan kayuh, focus 12 perkara sahaja ini dahulu, yang lain akan menjadi mudah. InsyaAllah.

Oh yer, Jika teringat, selitkan nama saya dalam doamu pada nombor 5, 7, dan 12…

Apa doanya?

1.Ya Allah, saya bersyukur kerana hari ini dipilih oleh MU dapat solat awal waktu di (isikan nama masjid)

2.Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat baca surah (isikan nama surah)

3. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat berzikir tasbih (isikan nama tasbihat)

4. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat mengajar sedikit ilmu kepada (isikan nama murid)

5. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat belajar sedikit ilmu daripada (isikan nama guru)

6. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat sedekah kepada (isikan nama si penerima)

7. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat tolong (isikan nama seseorang)

8. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dicintai oleh (isikan nama orang yang korang sayang)

9. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat memafkan (isikan nama orang yang datangkan masalah)

10. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih sihat waalfiat hingga dapat (isikan aktiviti senaman)

11. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana masih dapat sumber rezeki yang halal daripada (isikan perniagaan atau pekerjaan anda)

12. Ya Allah, saya bersyukur hari ini kerana dapat isi masa lapang dengan (isikan aktiviti seronok hari ini, seperti update status FB yang baik baik, like atau share tulisan hamka kereta mayat-woha!)

Amin!


Tags:

About author
not provided